jump to navigation

Peralatan Taman Permainan December 31, 2007

Posted by pastisitisarah in infrastuktur.
1 comment so far

Upgrade Riadhah

Kanak-kanak memerlukan tempat luaran untuk beriadhah. Adalah lebih baik juga tempat riadhah ini mempunyai ciri-ciri yang boleh meransang pergerakan dan kreativiti anak-anak tersebut, disamping ianya selamat.

Usaha berterusan AJK untuk meningkatkan mutu pendidikan pra-sekolah di PASTI Siti Sarah ini telah direalisasikan lagi dengan pemasangan beberapa peralatan taman permainan yang baru.

Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t., dan memberi manfaat kepada semua warga PASTI Siti Sarah ini, sekarang dan masa depan.

Papan Tanda Baru November 22, 2007

Posted by pastisitisarah in infrastuktur.
1 comment so far

Papan Tanda Baru

PASTI Siti Sarah kini mempunyai papan tanda yang baru.

Ianya di pasang jam 10 pagi tadi.

Semoga kewujudan PASTI ini makin terserlah di kawasan Seksyen 7 ini.

Gambar-gambar pemasangan papan tanda ada di album kami di sini, dan sekiranya berminat, boleh ditempah daripada pihak pengurusan PASTI.

Ada Petanda Baru November 19, 2007

Posted by pastisitisarah in infrastuktur.
1 comment so far

Sign Board in ConstructionAda satu petanda baru yang bakal mengunjungi halaman PASTI Siti Sarah menjelang akhir bulan ini.

Ianya berukuran 6′ × 4′, berlatarbelakang hijau, bertulisan putih, dengan cebisan merah.

Kehadirannya adalah dengan harapan dapat menonjolkan lagi kewujudan PASTI Siti Sarah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ini.