jump to navigation

Hari Suaikenal SRAI BBBangi 2007 December 27, 2007

Posted by pastisitisarah in alumni.
trackback

Semalam, 26 Disember 2007, Sekolah Rendah Agama (Integrasi) Bandar Baru Bangi mengadakan Hari Suaikenal & Pembayaran Yuran bagi pelajar-pelajar yang akan memasuki Tahun 1 pada Januari 2008 ini.

Hari ini diadakan terutamanya untuk ibubapa/penjaga yang pertama kali memasukkan anak mereka ke SRAI.

Di Majlis ini, ibubapa diberi taklimat mengenai operasi dan segala yang berkaitan di sekolah ini.

Bakal pelajar-pelajar Tahun 1 pula diberi peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing dan berkenalan antara satu sama lain. Mereka juga diberitahu nama Guru Kelas masing-masing.

Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran sekolah dengan mengambil tahu kedudukan tempat-tempat mustahak yang tertentu seperti bilik air/tandas, surau, kantin, bilik pejabat, dan sebagainya.

Fahmi & Mujahid menyesuaikan diri di SRAI BBBangi

Untuk kemasukan ini, dua graduan PASTI Siti Sarah 2007 ada kelihatan menyesuaikan diri: Mujahid bin Mazlan dan Akmal Fahmi bin Helmi.

Fahmin dan Mujahid di PASTI

Lagi gambar Fahmi & Mujahid di Hari Suaikenal SRAI BBBangi 2007 di sini dan di sini.

Comments»

1. nora2danish - June 17, 2008

salam….boleh dapat kan saya ..alamat sek agama integrasi batu belah…(serai).ini kerana di dalam web site tiada.
puas saya cari no tel. alamat …tapt hampa .di harap dapatlah kiranya siti menolong saya.terima kasih….

Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah,
Jalan Sentosa 64, Kawasan 19, Batu Belah, 41200 Klang.
No.Tel: 03-3341 0810 / Faks: 3341 0816

Maklumat ini didapati dari laman web pendidikan JAIS di sini.

Wassalaam.

Gurindam Jiwa


Leave a comment