jump to navigation

Selamat Kembali & Hari Pendaftaran Pasti Siti Sarah December 17, 2017

Posted by pastisitisarah in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaikum wbt

Selamat Kembali…

Kami memohon maaf di atas blog pasti siti sarah yang tidak dikemaskini untuk seketika. Alhamdulillah, kami bersyukur akhirnya kami dapat kembali menerajui laman blog kami ini.

Untuk makluman semua, hari ini 17 Dec 2017, merupakan hari pendaftaran pasti kami. Ibu bapa hasdir bersama anak masing-masing. Pendaftaran adalah untuk pelajar 4tahun, 5tahun dan 6tahun. Anak-anak gembira bila dapat baju baru sekolah yang baru!!

Seminar Keibubapaan oleh Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj January 24, 2011

Posted by pastisitisarah in semasa.
add a comment

Tuan-tuan & Puan-puan dijemput hadir ke Seminar Keibubapaan pada Ahad ini 30/1/2011 jam 2ptg di Bilik Cempaka, Kompleks PKNS, Bangi. Seminar ini dikendalikan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj. Masuk adalah percuma. Segala maklumat atau pertanyaan sila hubungi Pn Marhamah : 016 – 9784675.

PENDAFTARAN PASTI October 20, 2010

Posted by pastisitisarah in Uncategorized.
1 comment so far

Assalamualaikum w.b.t……makluman kepada ibu bapa penjaga PENDAFTARAN PELAJAR PASTI SITI SARAH SYEKSYEN 7 SESI 2011 telah di buka sekarang.. borang boleh di dapati di pejabat  PASTI…sebelum 30 -11-2010. Maklumat lanjut boleh menghubungi 013-6290916

Salam Ramadhan August 22, 2010

Posted by pastisitisarah in Uncategorized.
add a comment

Assalummualaikum w.b.t

Warga Pasti Siti Sarah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat

Sukan PASTI July 26, 2009

Posted by pastisitisarah in semasa.
add a comment

Alhamdullillah…..26/7/09…akhirnya sudah selesai sukan PASTI bersama PASTI Siti Sarah Sek. 7 dan PASTI As-syakirin Fasa 2. Wahh! Seronok sungguh anak-anak termasuk ibubapa mereka…Mula-mula tadi rasa agak “skeptical” yang sukan ini tidak mendapat sambutan memandangkan hujan renyai-renyai (tapi basahlah juga!!) telah turun tak henti-henti. Tapi keadaan di sebalik jangkaan…Seperti kata Pengerusi Majlis, kalau Allah dah tetapkan pagi ni akan hujan, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Alhamdulillah, hujan berhenti sebaik sahaja tetamu undangan tiba…legaaaaa. Cuaca sungguh nyaman dan redup…

Semuanya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi…..tapi rasanya semangat ibubapa tu lebih lagi tinggi.

Sukan ni dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr Tajol Ariffin Noordin selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Bangi merangkap Ahli Majlis MPKJ. Acara bermula pada jam 8.30pg.
Ikrar pelajar
Ikrar Pelajar

Cuba lihat aksi anak-anak PASTI:

Acara Tarik Tali Inter PASTI.. Acara Tarik Tali Inter PASTI...

Acara Lari Berganti-ganti Inter PASTIPASTI Siti Sarah mendahului PASTI As-syakirin

Larian Berganti-ganti......sengit!!Wah! PASTI Siti Sarah Menang lagi!!

Ni acara bapa….tengok tu, kuat tu tarik tali..tapi janganlah sampai urat terputus!

Tarik Tali..tarik bangg!!Tarik Tali....Tahannn!!! Jgn lepaskan..

Ni dia orang kuat di belakang tabir yang menjayakan acara sukan ini. Abang-abang macho…Tanpa anda semua, sukan ini tidak akan berjaya…..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Abang-abang kacak!!

SUKAN PASTI!!! July 25, 2009

Posted by pastisitisarah in semasa.
add a comment

Salam semua….
Maaf kerana lama menyepi…..maklumlah kerja sukarela…..Untuk perhatian semua, esok 26/7/09 Pasti Siti Sarah akan mengadakan sukan bersama dengan Pasti As-syakirin. Sukan ini akan diadakan di padang permainan Seksyen 7/3 pada jam 7.30pagi…

Banyak kerja perlu dibuat untuk persediaan sukan ni…Tidak ramai sahabat yang dapat membantu kerana masing-masing ada komitmen dan tugas yang tak dapat dielakkan….

Kami menjemput semua ibu bapa Pasti Siti Sarah & As-Syakirin agar dapat hadir bagi meriahkan sukan…Hah! Jangan lupa..kami juga ada sukan untuk ibu bapa yang pasti menarik dan mencuit hati semua..

Oklah! sampai di sini saja dulu…Insya Allah kalau ada kesempatan saya akan rakamkan aksi-aksi menarik dan hebat dari kalangan anak-anak Pasti.

Anak-anak yang akan bermain dalam acara sukan ini, diharapkan dapat memakai baju sukan serta berkasut….baru nampak seragam dan bersemangat.

Okalah! Jumpa anda semua Di Sana! Di Sana!…..

Hari Kecemerlangan & Majlis Penyampaian Sijil 2008 November 9, 2008

Posted by amirnubhan in semasa.
add a comment

Salam semua…Akhirnya menjadi kenyataan. Hari Kecemerlangan & Majlis Penyampaian Sijil 2008 PASTI Siti Sarah telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Dewan Syura, Kolej Dar Al-Hikmah. Wow! Pelajar-pelajar yang begitu bersemangat sekali dan nampak gembira…….terutama pelajar 6 tahun. Mereka ni berkonvo dan menerima sijil pada hari ni.

Majlis Penyampain Sijil 2008 - 6 tahun

Pelajar Cemerlang Keseluruhan di anugerahkan kepada adik Yasmin Insyirah Muhd Ashraf..TAHNIAH!!!

Pelajar Cemerlang Keseluruhan 2008

Kepada ibu bapa pula, saya berterima kasih atas kehadiaran tuan-tuan & puan-puan. Seronok juga jumpa anda semua. Maklumlah ajk2 seperti kami ni jarang-jarang sekali dpat bertemu tuan2 dan puan2. Cuma kami minta maaf atas keterlewatan program tadi. Agak terkejut juga kami, bila datang ke dewan sana…pihak pengurusan dewan masih tak buka pintu dewan. Aduh! Panik jugalah kami dibuatnya. Dah dibuka pintu, hati pun lagi panas bila tengok kerusi dan aturan di dewan tu tak disiapkan mengikut yang kami telah tetapkan. Apalagi, terpaksa buat sendiri dan atas pertolongan guru-guru dan ajk2…Fuhh!! Nasib baik sempat… Walauapapun, kami tetap gembira dengan kehadiran anda semua.

Kepada guru-guru dan penyelia, saya secara peribadinya saya mengucapkan terima kasihlah..Tanpa anda semua, program ni belum tentu boleh diadakan. Penat?? Tak apa la…Next week we will be going to Kuala Selangor, tempat kelip-kelip. Kita dok sana satu malam dan ajk2 akan bawa famili masing2.

Oklah, apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada semua….

Hari Kecemerlangan & Majlis Penyampaian Sijil 2008 November 5, 2008

Posted by pastisitisarah in semasa.
2 comments

Sudah tiba masanya!!! Hari Kecemerlangan & Majlis Penyampaian Sijil 2008. Majlis ini akan diadakan pada 09hb Nov 2008 bermula pada jam 8.00pagi di Dewan Syura, Kompleks Dar Al-Hikmah, Kolej Dar Al-Hikmah. Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak memakai baju melayu beserta sampin (bagi pelajar lelaki) dan baju kurung beserta tudung (bagi pelajar perempuan)…kalau ada baju raya yang lepas bolehlah dipakai.

Oh Ya! Seperkara lagi, kami juga mengalu-alukan sebarang derma berbentuk wang bagi menampung perbelanjaan majlis ini. Sekiranya ada, tuan/puan bolehlah menyalurkan derma kepada Pn Afidah iaitu penyelia PASTI Siti Sarah ataupun En Mokhtaza, pengerusi PASTI Siti Sarah.

Harapan pihak AJK PASTI Siti Sarah, agar majlis ini mendapat sambutan yg hangat daripada ibubapa bagi menyerikan lagi majlis ini…………

Jumpa anda di sana!!!!!!!!!!!!!!!

PENDAFTARAN PASTI 2009 DIBUKA SEKARANG!!!!! October 28, 2008

Posted by pastisitisarah in semasa.
add a comment

Salam Semua,

Pasti Siti Sarah telah pun membuka pendaftaran pelajar bagi sessi tahun 2009. Pendaftaran bolehlah dibuat dengan menghubungi Pn Afidah 019 230 7181 ataupun hadir sendiri ke Pasti Siti Sarah dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00tgh. Kami akan memaparkan senarai bayaran kemasukan dalam masa 3-4 hari lagi memandangkan senarai harga barangan belum lagi diterima dari pusat jualan PASTI. Tetapi, yuran PASTI telah pun ditetapkan pada kadar RM 80/sebulan.

Kami harap ibu bapa dapat membuat keputusan secepat mungkin memndangkan tempat adalah terhad.

Selamat Datang ke Sessi 2008 January 3, 2008

Posted by pastisitisarah in semasa.
1 comment so far

PASTI Siti Sarah mengucapkan Selamat Kembali dan Selamat Datang kepada adik-adik dan ibubapa ke Sessi 2008 ini.

Semoga tahun yang baru ini membawa keberkatan dan lebih kecemerlangan di dalam pendidikan anak-anak kita, di PASTI ini terutamanya, di tempat-tempat lain juga amnya.